Agama
Malaysia tanah air yang kami cinta, didiami oleh pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Perpaduan yang dicapai di negara ini amat membanggakan dimana pelbagai lapisan masyarakat mampu hidup bergantung antara satu sama lain, tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Masyarakat Malaysia hidup bagai “aur dengan tebing” serta sentiasa menyokong antara satu sama lain. Bak kata pepatah, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Malaysia dikatakan sebuah negara yang sangat unik disebabkan oleh masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai agama seperti agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian, dan Sikh. Tiga agama utama di Malaysia yang dianuti oleh masyarakat Malaysia ialah agama Islam, Buddha dan Hindu. Agama Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Adam a.s sehinggalah ke Nabi Muhammad SAW. Perkataan Islam berasal daripada perkataan “salam” bahasa Arab yang bermaksud manusia yang menyerahkan diri kepada tuhan, akan dibalas dengan keamanan dan kesejahteraan. Agama Isla...