Makanan Tradisional
Malaysia tanah air yang tercinta kami, didiami oleh pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Perpaduan yang dicapai di negara ini amat membanggakan dimana pelbagai lapisan masyarakat mampu hidup bergantung antara satu sama lain, tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Masyarakat Malaysia hidup bagai “aur dengan tebing” serta sentiasa menyokong antara satu sama lain. Bak kata pepatah, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Terdapat pelbagai jenis aspek yang menyumbang kepada perpaduan yang teguh ini. Antaranya adalah makanan-makanan tradisional yang terdapat di Malaysia. Setiap kaum di Malaysia mempunyai makanan tradisional masing-masing. Namun demikian, semua lapisan masyarakat akan menjamu makanan-makanan tradisional kaum-kaum lain. Antara makanan tradisional kaum Melayu ialah nasi lemak. Nasi lemak merupakan salah satu makanan kegemaran sebuah lapisan masyarakat Malaysia terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak dikaitkan dengan penggunanan santan dalam nasi yang serv...