Isu Semasa (Corona Virus)
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia Wahai masyarakat Malaysia sekalian. Entri kali ini adalah untuk memupuk kesedaran tentang wabak penyakit Virus Corona. Blog kali ini akan menceritakan beberapa fakta dan cara pencegahan Virus Corona demi kebaikan semua lapisan masyarakat. Pada penghujung tahun 2019, dunia telah digemparkan dengan suatu berita yang mengejutkan seluruh umat manusia iaitu wabak Virus Corona atau juga dikenali sebagai COVID-19. Virus ini didapati berasal daripada wilayah Wuhan di China dan telah merebak ke seluruh dunia. Setiap hari berita menunjukkan bahawa Virus Corona ini semakin menular dengan drastiknya. Virus ini merupakan sejenis virus yang amat sukar untuk dikesan kerana simptom-simptomnya hanya merupakan simptom penyakit biasa seperti selesema, demam, batuk, sakit tekak dan sebagainya. Virus tersebut merebak dalam badan manusia melalui titisan dan mengakibatkan lebih tenat setelah bertransformasi ke penyakit-penyakit seperti radang paru-paru, SARS...