Pakaian Tradisional
Malaysia merupakan sebuah negara yang indah dan kaya dengan pelbagai budaya dan sejarah. Masyarakat dari pelbagai latar belakang etnik mempunyai pakaian tradisional berbeza yang mencerminkan adat serta budaya mereka. Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain serta pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung hinggalah ke kain songket diraja yang cantik. Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu. Namun begitu, dengan ketibaan era pemodenan, kain tenunan, batik Melayu, kain sutera Cina dan jubah telah pun wujud di negara kita setelah pedagang-pedagang asing mula berniaga dan bermastautin di negara kita. Kini, pakaian tradisional seperti baju kurung, sari, cheongsam boleh didapati secara meluas. Oleh yang demikian, saya ingin berkongsi kepada para pembaca blog saya tentang kepelbagaian dan keindahan pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia. Setiap kaum atau etnik di Malaysia mempunyai pakaian tradisiona...