Anak Muda
Malaysia tanah air tercinta kami, didiami oleh pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Pembangunan dan perpaduan yang dicapai di negara ini amat membanggakan, dimana pelbagai lapisan masyarakat berushaha bersama dan saling bergantung antara satu sama lain, tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Masyarakat Malaysia hidup bagai “aur dengan tebing”. Walaupun, sudah 63 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, namun negara kita masih membangun dan kuat bersaing di persada antarabangsa. Antara aspek yang menyumbang kepada pembangunan negara yang drastik ini adalah golongan anak muda. “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Inilah cogan kata yang sering diungkapkan serta selalu meniti di bibir-bibir golongan pemimpin tertinggi negara. Golongan anak muda pada zaman ‘ dunia tanpa sem padan ’ ini merupakan penggerak kepada peningkatan dan pembangunan negara. Anak-anak muda merupakan golongan yang akan memacu negara ke arah yang lebih moden dan maju pada masa akan datang. Ole...