Seni dan Budaya
Malaysia tanah air yang tercinta kami, merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa, agama, seni, budaya dan sebagainya. Negara kita dikenali sebagai sebuah negara yang multikultural di mana sifat-sifat kemajmukan dalam aspek kemasyarakatan sangat luas. Konsep ini yang merujuk kepada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia telah melahirkan pelbagai aktiviti sosial yang berlainan mengikut cara hidup etnik masing-masing. Namun demikian, masyarakat di negara kita turut hidup bergantung antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan kaum, “bagai aur dengan tebing”. Bak kata pepatah, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Terdapat pelbagai jenis aspek yang menyumbang kepada perpaduan yang teguh ini. Antaranya adalah kepelbagaian seni dan budaya yang terdapat di Malaysia. Bidang seni dan kebudayaan merupakan dua entiti yang memainkan peranan penting dalam mencapai perpaduan. Cakupan kedua-dua entiti ini berkait rapat dengan ideologi, identiti da...