Posts

Showing posts with the label Kritikan Filem

Kritikan Filem

Image
Filem Hantu Kak Limah merupakan sebuah filem tempatan yang sangat terkenal arahan Mamat Khalid dan diterbit oleh Gayathri Su-Lin Pillai. Filem ini merupakan sambungan daripada cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah dan filem terakhir bagi Siri Hantu Kak Limah. Filem ini berjaya mencetuskan fenomena apabila mencipta rekod ke-4 dengan memungut RM20.5 juta dalam tempoh hanya 11 hari tayangan. Hal ini menjadikan filem tersebut mendapat kutipan filem tertinggi bagi sesebuah filem tempatan. Nama watak Kak Limah telah pun menjadi satu jenama isi rumah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Filem ini mempunyai unsur-unsur komedi berserta dengan unsur seram sepanjang filem ini.  Filem Hantu Kak Limah mempunyai plot cerita yang sangat ringkas. Ia boleh diketahui dengan hanya menonton 15 minit awal filem tersebut sahaja. Namun demikian, filem ini menjadi kuat dan hebat kerana kelincahan dan kekuatan para pelakon yang terlibat di dalam filem ini. Kesemua watak, tidak kira sama ada pelakon utamanya ma...