Kritikan Filem



Filem Hantu Kak Limah merupakan sebuah filem tempatan yang sangat terkenal arahan Mamat Khalid dan diterbit oleh Gayathri Su-Lin Pillai. Filem ini merupakan sambungan daripada cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah dan filem terakhir bagi Siri Hantu Kak Limah. Filem ini berjaya mencetuskan fenomena apabila mencipta rekod ke-4 dengan memungut RM20.5 juta dalam tempoh hanya 11 hari tayangan. Hal ini menjadikan filem tersebut mendapat kutipan filem tertinggi bagi sesebuah filem tempatan. Nama watak Kak Limah telah pun menjadi satu jenama isi rumah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Filem ini mempunyai unsur-unsur komedi berserta dengan unsur seram sepanjang filem ini.

 Filem Hantu Kak Limah mempunyai plot cerita yang sangat ringkas. Ia boleh diketahui dengan hanya menonton 15 minit awal filem tersebut sahaja. Namun demikian, filem ini menjadi kuat dan hebat kerana kelincahan dan kekuatan para pelakon yang terlibat di dalam filem ini. Kesemua watak, tidak kira sama ada pelakon utamanya mahupun pelakon pembantunya sekali pun memang berjaya memberi lakonan yang sangat baik serta menghidupkan watak masing-masing. Kemunculan filem Hantu Kak Limah ini bukan sahaja berjaya menyampaikan gabungan dua elemen kegemaran penonton iaitu seram dan komedi, tetapi juga berjaya memperkenalkan watak-watak baru yang sangat menghiburkan dalam naskhah ini. Pelakon Ropie dan Rab Khalid berjaya memberi impak yang tinggi, dengan membantu memberi nilai tambah kepada unsur humor sepanjang filem ini. Kedua-dua pelakon tersebut harus diberi pujian khas untuk filem ini.

 Selain itu, filem ini juga mempunyai kritikan sosial terhadap masyarakat tempatan yang baik dan telah disampaikan dengan begitu mudah sekali melalui filem ini. Antara kritikannya adalah tentang soal halal haram rezeki melalui dialog mesin kuda dan di kedai vape. Kritikan terhadap orang Melayu dari sudut perniagaan dimana ramai yang masih mementingkan kekayaan berganda berbanding dengan pemberian servis yang terbaik dan berkualiti yang disampaikan melalui watak Nayan. Kebergantungan manusia kepada manusia juga telah menjadi persoalan yang amat penting dimana manusia sepatutnya bergantung kepada Tuhan.

 Disamping itu, filem ini juga patut dipuji untuk elemen seramnya walaupun filem ini mempertaruhkan elemen komedi sebagai elemen utama. Elemen seramnya tidak harus diambil ringan begitu sahaja kerana setiap aspek seram yang dipertontonkan sentiasa menitikberatkan sinematografi, kesan bunyi serta pergerakan kamera yang sangat baik yang membantu menambahkan perasaan seram dalam diri penonton. Fokus yang penting juga telah diberikan kepada dunia politik. Tumpuannya bukan sahaja ditujukan kepada pihak atasan namun ia ditujukan kepada semua peringkat tidak kira peringkat kampung dan juga tempat kerja dan sebagainya. Isu-isu yang ditayangkan itu seperti peralihan kuasa, sumbangan jasa-jasa dan kepentingan diri melalui kuasa. Hal ini mampu membuka minda masyarakat secara tidak langsung.

  Kesimpulannya, Hantu Kak Limah merupakan sebuah filem yang sangat baik dan perlu disokong oleh semua rakyat Malaysia untuk ditonton. Ia mempunyai jalan cerita yang mudah tetapi mempunyai maksud tersirat yang mampu menyindir sikap masyarakat Malaysia daripada pelbagai sudut seperti kehidupan, sikap, politik, budaya, kepercayaan mengarut serta agama apabila diamati dengan betul. Filem berkualiti tinggi ini sudah pasti tidak akan mengecewakan para penonton dan mampu menjadi sebuah filem teladan bagi anak-anak muda untuk keseronokan serta nilai-nilai

Comments

Popular posts from this blog

KRITIKAN DUNIA HIBURAN

Pengalam membaca buku kreatif (Kapten Hassan Wira Bangsa oleh Harun Johari)

Anak Muda