Posts

Showing posts from July, 2020

Pengalaman Mengembara (PENDAKIAN KE PUNCAK GUNUNG BALING)

Image
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia        Tanggal 23 Januari 2020, saya berkesempatan mendaki untuk mendaki Gunung Baling. Gunung Baling ini terletak di Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah. Laluan menuju ke puncak gunung tersebut sejauh 546 meter. Gunung tersebut setinggi 420 meter dari aras laut. Gunung Baling ini sebenarnya terkenal untuk keindahannya sehingga pernah diviralkan di laman Facebook. Gunung ini memang kaya dengan kepelbagaian geologi seperti batu kapur dan batuan-batuan kristal.              Pada mulanya, pendakian ini hanya sekadar mengisi masa lapang dengan aktiviti untuk mengeluarkan peluh demi menjaga kesihatan diri selain menunaikan resolusi tahun baru. Namun demikian, pengembaran yang dianggap sekadar aktiviti riadah telah mengubah persepsi saya terhadap alam. Bak kata pepatah, “tak kenal, maka tak cinta”.              Saya bersama 4 rakan sekolah saya dari Taiping, Perak te...

Kritikan Filem

Image
Filem Hantu Kak Limah merupakan sebuah filem tempatan yang sangat terkenal arahan Mamat Khalid dan diterbit oleh Gayathri Su-Lin Pillai. Filem ini merupakan sambungan daripada cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah dan filem terakhir bagi Siri Hantu Kak Limah. Filem ini berjaya mencetuskan fenomena apabila mencipta rekod ke-4 dengan memungut RM20.5 juta dalam tempoh hanya 11 hari tayangan. Hal ini menjadikan filem tersebut mendapat kutipan filem tertinggi bagi sesebuah filem tempatan. Nama watak Kak Limah telah pun menjadi satu jenama isi rumah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Filem ini mempunyai unsur-unsur komedi berserta dengan unsur seram sepanjang filem ini.  Filem Hantu Kak Limah mempunyai plot cerita yang sangat ringkas. Ia boleh diketahui dengan hanya menonton 15 minit awal filem tersebut sahaja. Namun demikian, filem ini menjadi kuat dan hebat kerana kelincahan dan kekuatan para pelakon yang terlibat di dalam filem ini. Kesemua watak, tidak kira sama ada pelakon utamanya ma...