Posts

Showing posts from May, 2020

Pengalaman Berkhemah di Pulau Tuba

Image
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Pada entri kali ini, saya ingin menceritakan pengalaman saya berkhemah di Pulau Tuba, Langkawi, Kedah. Perkhemahan ini merupakan perkhemahan peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Saya telah mewakili negeri Perak bersama 20 orang rakan saya dari sekitar negeri Perak. Perkhemahan ini dijalankan selama 5 hari dan 4 malam di sekitar Pulau tersebut. Perkhemahan ini sungguh menyeronokkan kerana ini merupakan perkhemahan pertama yang saya sertai dimana perkhemahannya berlaku dalam sebuah hutan rimba. Hal ini bermakna pengalaman yang saya timba ini merupakan pengalaman yang sungguh unik disebabkan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan dalam perkhemahan ini.  Semua peserta perkhemahan tersebut telah berkumpul di jeti Kuala Perlis pada pukul 12.30 tengah hari pada suatu hari Isnin. Peserta-peserta telah menaiki bas dari negeri masing-masing untuk sampai ke Kuala Perlis. Tepat pukul 1 petang, kami telah menaiki sebuah fer...

KRITIKAN DUNIA HIBURAN

Image
Se jak zaman dahulu kala, hiburan merupakan satu aspek yang amat penting untuk meluangkan masa dalam kehidupan seharian seseorang. Manusia sejagat telah mencipta pelbagai permainan tradisional sebagai hiburan masa senggang. Hiburan dahulu juga termasuk berpantun dan berseloka yang mempunyai tujuan yang murni iaitu untuk menyampaikan pengajaran, nasihat dan pedoman.   Walaupun sesetengah hiburan ini masih diamalkan, tetapi kebanyakkan hiburan tradisional sudah tidak diamalkan lagi. Dunia hiburan telah pun mengalami evolusi sejak zaman dahulu. Hiburan pada masa kini lebih menjuruskan kepada hiburan dari Barat. Antara hiburan yang terkenal pada zaman kini adalah filem-filem Hollywood, permainan video bergrafik tinggi, teknologi-teknologi yang canggih, tarian-tarian seperti “salsa”, “Waltz”, “Lambada”, “breakdance”, dan sebagainya. Dunia hiburan zaman kini merangkumi pelbagai jenis hiburan yang luas. Paparan hiburan yang semakin banyak ini mendatangkan pelbagai kesan positif dan negat...

Anak Muda

Image
Malaysia tanah air tercinta kami, didiami oleh pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Pembangunan dan perpaduan yang dicapai di negara ini amat membanggakan, dimana pelbagai lapisan masyarakat berushaha bersama dan saling bergantung antara satu sama lain, tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Masyarakat Malaysia hidup bagai “aur dengan tebing”. Walaupun, sudah 63 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, namun negara kita masih membangun dan kuat bersaing di persada antarabangsa. Antara aspek yang menyumbang kepada pembangunan negara yang drastik ini adalah golongan anak muda. “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Inilah cogan kata yang sering diungkapkan serta selalu meniti di bibir-bibir golongan pemimpin tertinggi negara. Golongan anak muda pada zaman ‘ dunia tanpa sem padan ’ ini merupakan penggerak kepada peningkatan dan pembangunan negara. Anak-anak muda merupakan golongan yang akan memacu negara ke arah yang lebih moden dan maju pada masa akan datang. Ole...