Pengalam membaca buku kreatif (Kapten Hassan Wira Bangsa oleh Harun Johari)
Pada era pascaglobalisasi ini, tumpuan masyarakat telah beralih kepada peralatan-peralatan teknologi yang canggih untuk mengisi masa lapang. Akses kepada media sosial menerusi telefon bimbit telah membabitkan masyarakat untuk membazir masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat. Pada masa dahulu, masyarakat digalakkan membaca karya-karya kreatif untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat kerana “Masa itu Emas”. Hal ini merupakan aktiviti yang sangat berfaedah kepada diri kerana ia miningkatkan ilmu pengetahuan serta mencungkil keinginan untuk membaca. Membaca merupakan suatu amalan yang sangat bermulia. Oleh yang demikian, saya mengambil kesempatan dalam entri kali ini untuk menceritakan pengalaman saya membaca sebuah karya kreatif. Karya kreatif yang telah saya baca adalah sebuah novel yang bertajuk “Kapten Hassan Wira Bangsa” oleh Harun Johari. Kapten Hassan Wira Bangsa merupakan sebuah novel mengisahkan perjuangan seorang perajurit negara yang berjuang men...