Tokoh motivasi/falsafah/agamawan (Ibnu Sina)

    



Falsafah merupakan asas bagi segala bentuk ilmu pengetahuan di dunia ini. Falsafah dapat dileraikan kepada dua bentuk iaitu dalam bentuk pengertiannya dari sudut bahasa dan istilah. Dari sudut bahasa, falsafah dikatakan berasal daripada perkataan Arab menurut seorang ahli falsafah besar, AL-Farabi pada zaman tamadun Islam. Ia bermakna hasil kecitaan kepada kebijaksanaan atau ilmu kecitaan kepada hikmah. Dari sudut istilah pula, ia bermakna sesuatu fahaman atau pengertian diantara teologi dan Sains. Falsafah didefinisikan sebagai suatu ilmu pengetahuan yang berusaha meraih kebenaran asli dan murni malahan juga mengatakan bahawa falsafah adalah penyelidikan tentang sebab-sebab dan asas-asas yang paling akhir daripada segala sesuatu yang ada. Falsafah mempunyai pelbagai cabang yang telah pun diterokai. Tokoh-tokoh falsafah merupakan orang yang penting dalam penerokaan ilmu pengetahuan. Begitu juga dengan tokoh falsafah Ibnu Sina.

 Abu Ali al Husain ibnu Abdallah Ibnu Sina adalah nama lengkap Ibnu Sina. Ibnu Sina lebih dikenali sebagai Avicenna, di Barat. Beliau telah mempelajari ilmu mantik dan ilmu perubatan sejak kecil lagi. Beliau dibimbing oleh seorang ahli falsafah terkenal iaitu Abdullah Natili pada masa dahulu. Pada usia 18 tahun, Ibnu Sina telah menjadi terkenal kerana dapat menyembuhkan penyakit  pemerintah kerajaan Samaniyah yang gagal dirawati oleh doktor-doktor yang berpengalaman. Mengikut kejadian ini, beliau telah dilantik menjadi doktor istana dan dapat menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya dengan pelbagai jenis buku yang mampu membina diri serta pemikiran.

 Ibnu Sina merupakan seorang tokoh ilmuwan Islam yang telah banyak menyumbang kepada tamadun Islam. Pemikiran beliau masih dijadikan rujukan, terutamanya dalam bidang perubatan. Beliau telah menerokai alam perubatan dengan hanya menimba ilmu pengetahuan daripada buku-buku dan juga pengalaman ahli falsafah yang lain. Beliau telah mendedahkan ilmu tentang proses penyediaan ubat seperti menumbuk dan meramas berserta senarai ubat dengan dos yang sesuai untuk penyakit-penyakit yang tertentu secara simptomatik. Beliau turut menjelaskan tentang hubungan antara emosi, perubahan sistem badan dan fisiologi tidur. Beliau juga telah berjaya menghasilkan karya Qanun di al-Thibb (Canon of Medicine). Buku ini dianggap sebagai kitab suci ilmu perubatan dunia, dimana ia menjadi panduan wajib mahasiswa perubatan di Eropah. Buku ini telah membantu para doktor mengenalpasti sifat-sifat penyakit berjangkit yang kini kian menular.

     Selain itu, beliau juga pakar dalam ilmu falsafah, dimana beliau telah menyatakan beberapa pandangan tentang logik, jiwa manusia dan sebagainya. Menurut Ibnu Sina, ilmu pengetahuan dapat dicapai melalui logik. Beliau menegaskan bahawa lagi merupakan kunci falsafah dimana pencariannya adalah kunci kebahagian manusia. Ia membuka jalan untuk mengetahui sifat-sifat dasar sesuatu dengan menggambarkan sifat-sifat dasar tersebut. Beliau juga menjadi terkenal dan membantu kehidupan manusia dengan pendedahan pengetahuan tentang 3 jiwa manusia yang membentuk tingkah laku iaitu jiwa sensitif, jiwa rasional dan agen intelek. Ketiga-tiga jiwa ini saling berkait rapat antara satu sama lain untuk membentuk manusia yang berintelektual dan wajar. Walaupun Ibnu Sina memainkan peranan yang penting dalam perkembangan manusia, namun demikian, beliau masih tidak pernah menolak kekuasaan dan kebesaran Allah.

     Secara tuntasnya, Ibnu Sina telah banyak memberikan sumbangan terhadap tamadun Islam khususnya dalam bidang perubatan. Ketiadaan Ibnu Sina dianggap sebagai sebuah kehilangan yang amat besar kepada dunia. Beliau merupakan seorang yang berilmu pengetahuan tinggi dan berpengalaman. Oleh yang demikian, kita sebagai seorang manusia haruslah mempunyai semangat berusaha dan jangan cepat mengalah seperti Ibnu Sina. Bak kata pepatah,”dimana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Nilai ini haruslah disemaikan dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi seperti pepatah melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Comments

Popular posts from this blog

KRITIKAN DUNIA HIBURAN

Pengalam membaca buku kreatif (Kapten Hassan Wira Bangsa oleh Harun Johari)

Anak Muda