Posts

Pengalaman Berkhemah di Pulau Tuba

Image
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Pada entri kali ini, saya ingin menceritakan pengalaman saya berkhemah di Pulau Tuba, Langkawi, Kedah. Perkhemahan ini merupakan perkhemahan peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Saya telah mewakili negeri Perak bersama 20 orang rakan saya dari sekitar negeri Perak. Perkhemahan ini dijalankan selama 5 hari dan 4 malam di sekitar Pulau tersebut. Perkhemahan ini sungguh menyeronokkan kerana ini merupakan perkhemahan pertama yang saya sertai dimana perkhemahannya berlaku dalam sebuah hutan rimba. Hal ini bermakna pengalaman yang saya timba ini merupakan pengalaman yang sungguh unik disebabkan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan dalam perkhemahan ini.  Semua peserta perkhemahan tersebut telah berkumpul di jeti Kuala Perlis pada pukul 12.30 tengah hari pada suatu hari Isnin. Peserta-peserta telah menaiki bas dari negeri masing-masing untuk sampai ke Kuala Perlis. Tepat pukul 1 petang, kami telah menaiki sebuah fer...

KRITIKAN DUNIA HIBURAN

Image
Se jak zaman dahulu kala, hiburan merupakan satu aspek yang amat penting untuk meluangkan masa dalam kehidupan seharian seseorang. Manusia sejagat telah mencipta pelbagai permainan tradisional sebagai hiburan masa senggang. Hiburan dahulu juga termasuk berpantun dan berseloka yang mempunyai tujuan yang murni iaitu untuk menyampaikan pengajaran, nasihat dan pedoman.   Walaupun sesetengah hiburan ini masih diamalkan, tetapi kebanyakkan hiburan tradisional sudah tidak diamalkan lagi. Dunia hiburan telah pun mengalami evolusi sejak zaman dahulu. Hiburan pada masa kini lebih menjuruskan kepada hiburan dari Barat. Antara hiburan yang terkenal pada zaman kini adalah filem-filem Hollywood, permainan video bergrafik tinggi, teknologi-teknologi yang canggih, tarian-tarian seperti “salsa”, “Waltz”, “Lambada”, “breakdance”, dan sebagainya. Dunia hiburan zaman kini merangkumi pelbagai jenis hiburan yang luas. Paparan hiburan yang semakin banyak ini mendatangkan pelbagai kesan positif dan negat...

Anak Muda

Image
Malaysia tanah air tercinta kami, didiami oleh pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Pembangunan dan perpaduan yang dicapai di negara ini amat membanggakan, dimana pelbagai lapisan masyarakat berushaha bersama dan saling bergantung antara satu sama lain, tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Masyarakat Malaysia hidup bagai “aur dengan tebing”. Walaupun, sudah 63 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, namun negara kita masih membangun dan kuat bersaing di persada antarabangsa. Antara aspek yang menyumbang kepada pembangunan negara yang drastik ini adalah golongan anak muda. “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Inilah cogan kata yang sering diungkapkan serta selalu meniti di bibir-bibir golongan pemimpin tertinggi negara. Golongan anak muda pada zaman ‘ dunia tanpa sem padan ’ ini merupakan penggerak kepada peningkatan dan pembangunan negara. Anak-anak muda merupakan golongan yang akan memacu negara ke arah yang lebih moden dan maju pada masa akan datang. Ole...

Pengalaman di Kampung

Image
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia semua. Saya ingin menceritakan pengalaman saya di kampung untuk entri kali ini. Pada cuti semester yang lepas, saya bersama keluarga telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung setelah hampir setahun berada di Selangor yang sentiasa sibuk. Kampung saya terletak di Taiping, Perak. Ia terletak kira-kira 4 jam dari negeri Selangor. Taiping sebenarnya merupakan sebuah tempat yang terkenal di Malaysia. Kebanyakkan sektor ekonomi serta kemudahan asas seperti pengangkutan (keretapi) di negara ini mula membangun dari kampung saya ini semenjak zaman penjajahan British lagi. Pada masa dahulu Taiping terkenal untuk perlombongan bijih timah.  Taiping juga merupakan sebuah tempat yang bersejarah yang diiktiraf oleh UNESCO serta kini telah pun menjadi terkenal sebagai sebuah tempat tarikan para pelancong.  Kampung saya merupakan satu tempat yang masih mempunyai banyak alam kehijauan yang indah. Saya suka pulang ke kampung saya kerana Taiping mer...

Pengalaman di Kolej Matrikulasi Melaka

Image
Pada era globalisasi ini, pendidikan merupakan satu elemen kemajuan yang sangat penting. Di Malaysia, kebanyakkan masyarakat generasi lama hanya berpendidikan sehingga sekolah menengah sahaja. Mereka tidak mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat kolej atau universiti. Generasi-generasi muda zaman ini, haruslah berusaha secara bersungguh-sungguh kerana peluang untuk melanjutkan pelajaran banyak serta secara tidak langsung masa depan yang lebih cerah boleh dijamin. Oleh yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan dalam blog ini untuk menceritakan sedikit sebanyak pengalaman saya di Kolej Matrikulasi Melaka selama 11 bulan sebelum berjaya menjejakkan kaki ke menara gading Universiti Putra Malaysia. Pengalaman belajar di Kolej Matrikulasio Melaka sangat menyeronokkan.  Saya merupakan pelajar program satu tahun dimana ia merupakan satu program yang sangat padat dan deras. Sudah pasti kehidupan di kolej matrikulasi sangat susah, na...

Agama

Image
Malaysia tanah air yang kami cinta, didiami oleh pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Perpaduan yang dicapai di negara ini amat membanggakan dimana pelbagai lapisan masyarakat mampu hidup bergantung antara satu sama lain, tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Masyarakat Malaysia hidup bagai “aur dengan tebing” serta sentiasa menyokong antara satu sama lain. Bak kata pepatah, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Malaysia dikatakan sebuah negara yang sangat unik disebabkan oleh masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai agama seperti agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian, dan Sikh. Tiga agama utama di Malaysia yang dianuti oleh masyarakat Malaysia ialah agama Islam, Buddha dan Hindu.  Agama Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Adam a.s sehinggalah ke Nabi Muhammad SAW. Perkataan Islam berasal daripada perkataan “salam” bahasa Arab yang bermaksud manusia yang menyerahkan diri kepada tuhan, akan dibalas dengan keamanan dan kesejahteraan. Agama Isla...

Seni dan Budaya

Image
Malaysia tanah air yang tercinta kami, merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa, agama, seni, budaya dan sebagainya. Negara kita dikenali sebagai sebuah negara yang multikultural  di mana sifat-sifat kemajmukan dalam aspek kemasyarakatan sangat luas. Konsep ini yang merujuk kepada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia telah melahirkan pelbagai aktiviti sosial yang berlainan mengikut cara hidup etnik masing-masing. Namun demikian, masyarakat di negara kita turut hidup bergantung antara satu sama lain  tanpa mengira agama, bangsa dan kaum, “bagai aur dengan tebing”. Bak kata pepatah, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Terdapat pelbagai jenis aspek yang menyumbang kepada perpaduan yang teguh ini. Antaranya adalah kepelbagaian seni dan budaya yang terdapat di Malaysia. Bidang seni dan kebudayaan merupakan dua entiti yang memainkan peranan penting dalam mencapai perpaduan. Cakupan kedua-dua entiti ini berkait rapat dengan ideologi, identiti da...

Pakaian Tradisional

Image
Malaysia merupakan sebuah negara yang indah dan kaya dengan pelbagai budaya dan sejarah. Masyarakat dari pelbagai latar belakang etnik mempunyai pakaian tradisional berbeza yang mencerminkan adat serta budaya mereka. Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain serta pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung hinggalah ke kain songket diraja yang cantik. Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu. Namun begitu, dengan ketibaan era pemodenan, kain tenunan, batik Melayu, kain sutera Cina dan jubah telah pun wujud di negara kita setelah pedagang-pedagang asing mula berniaga dan bermastautin di negara kita. Kini, pakaian tradisional seperti baju kurung, sari, cheongsam boleh didapati secara meluas. Oleh yang demikian, saya ingin berkongsi kepada para pembaca blog saya tentang kepelbagaian dan keindahan pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia.  Setiap kaum atau etnik di Malaysia mempunyai pakaian tradisiona...

Makanan Tradisional

Image
Malaysia tanah air yang tercinta kami, didiami oleh pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Perpaduan yang dicapai di negara ini amat membanggakan dimana pelbagai lapisan masyarakat mampu hidup bergantung antara satu sama lain, tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Masyarakat Malaysia hidup bagai “aur dengan tebing” serta sentiasa menyokong antara satu sama lain. Bak kata pepatah, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Terdapat pelbagai jenis aspek yang menyumbang kepada perpaduan yang teguh ini. Antaranya adalah makanan-makanan tradisional yang terdapat di Malaysia.  Setiap kaum di Malaysia mempunyai makanan tradisional masing-masing. Namun demikian, semua lapisan masyarakat akan menjamu makanan-makanan tradisional kaum-kaum lain. Antara makanan tradisional kaum Melayu ialah nasi lemak. Nasi lemak merupakan salah satu makanan kegemaran sebuah lapisan masyarakat Malaysia terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak dikaitkan dengan penggunanan santan dalam nasi yang serv...

Pengalam membaca buku kreatif (Kapten Hassan Wira Bangsa oleh Harun Johari)

Image
Pada era pascaglobalisasi ini, tumpuan masyarakat telah beralih kepada peralatan-peralatan teknologi yang canggih untuk mengisi masa lapang. Akses kepada media sosial menerusi telefon bimbit telah membabitkan masyarakat untuk membazir masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat. Pada masa dahulu, masyarakat digalakkan membaca karya-karya kreatif untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat kerana “Masa itu Emas”. Hal ini merupakan aktiviti yang sangat berfaedah kepada diri kerana ia miningkatkan ilmu pengetahuan serta mencungkil keinginan untuk membaca. Membaca merupakan suatu amalan yang sangat bermulia. Oleh yang demikian, saya mengambil kesempatan dalam entri kali ini untuk menceritakan pengalaman saya membaca sebuah karya kreatif. Karya kreatif yang telah saya baca adalah sebuah novel yang bertajuk “Kapten Hassan Wira Bangsa” oleh Harun Johari.  Kapten Hassan Wira Bangsa merupakan sebuah novel mengisahkan perjuangan seorang perajurit negara yang berjuang men...

Isu Semasa (Corona Virus)

Image
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia  Wahai masyarakat Malaysia sekalian. Entri kali ini adalah untuk memupuk kesedaran tentang wabak penyakit Virus Corona. Blog kali ini akan menceritakan beberapa fakta dan cara pencegahan Virus Corona demi kebaikan semua lapisan masyarakat.  Pada penghujung tahun 2019, dunia telah digemparkan dengan suatu berita yang mengejutkan seluruh umat manusia iaitu wabak Virus Corona atau juga dikenali sebagai COVID-19. Virus ini didapati berasal daripada wilayah Wuhan di China dan telah merebak ke seluruh dunia. Setiap hari berita menunjukkan bahawa Virus Corona ini semakin menular dengan drastiknya. Virus ini merupakan sejenis virus yang amat sukar untuk dikesan kerana simptom-simptomnya hanya merupakan simptom penyakit biasa seperti selesema, demam, batuk, sakit tekak dan sebagainya. Virus tersebut merebak dalam badan manusia melalui titisan dan mengakibatkan lebih tenat setelah bertransformasi ke penyakit-penyakit seperti radang paru-paru, SARS...